Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah. Rezeki Saya. :)

Assalamualaikum semua,



Semalam 22/12/2011 adalah tarikh yang amat mendebarkan bagi semua calon PMR kerana pada tarikh yang keramat ini kami akan terima keputusan peperiksaan.

Okay,aku ni punye lah nervous sampaikan nak tido pon susah. Bayangkan lah,aku tido pukul 1,tapi pukul 4 aku masih terjaga,until aku paksa diri aku untuk tido jugak. Aku bukan ape,aku just takut,takut tak dapat straight A's,takut parents aku kecewa dengan aku and even worst,takut tukar sekolah.

Pagi tu,aku bangun pukul 9,awal daripada yang biase since yelah,kalau ikutkan aku bangun pukul 1 pagi tuh,memang tak dapat result lah kan. HAHAH! Lepas aku mandi,pakai baju n semua,aku pon pegi lah sekolah dalam pukul 10.15. Meh nak cakap,sepanjang perjalanan ke sekolah,aku memang nervous gilerr okay,nak makan pon taknak,tapi lapar. ERRRKK! Mujur la ade abang aku *post yang kat bawah* ,dia yang hantar aku. Since dia taw aku nervous sangat-sangat so all the way to sekolah,macam-macam lawak dia buat. HEHE!

Sampai je sekolah,okay agak lambat since JAM! Yelah,bukan aku sorang je sekolah kat KB,ramai lagi yang lain,aku call Syara,dia cakap duk kat dewan,aku pon melangkah la ke dewan. Meh nak cite part sedih,TAKDE ORANG PON TEMAN AKU AMBIK RESULT! Abang aku pegi ronda-ronda KB jap,macam cisssss je taw tak. Aku ni punye lah berdebar giler. Tibe je dalam dewan,sume dah ade except Narissa n Shawanie. So,bercerita la sikit,pasal result la kan. Since semalam memang kitorang tak berborak sangat. Tak sampai sejam,aku dapat result,aku balik. Cam tu je,terkilan la sikit,gambar tak ambik and all.

Lepas tu,kitorang diPAKSA duduk,walaupon kerusi tak cukup,terpaksa la plak pegi cari kerusi. Sudah cari kerusi dan duduk,pengacara majlis pon memulakan majlis. Aku ingatkan setakat Bonda Pengetua bagitau analisa result and habis lepas tu mintak result kat meja-meja yang disediakan n terus chow! Sekali dia nak umum seyhhhhhh,sape yang dapat straight A's. PERGH~ Mase ni takyah cakap lah,aku berdebar gile okay.

Start dengan the 9A's,lepas tu sambung dengan 8A's ikut kelas,kelas orang lain,aku tolong la tepuk-tepukkan tangan,sapa yang aku rase nak tepuk,aku tepuk. HAHAH! *Memang pilih kasih sikit aku ni*. Bile time dia umum kelas aku,aku da speechless da,nak tepuk tangan ke nak ape ke taktaw dah. Sebab dia umum ikut angka giliran,so aku da boleh agak sape lepas tu,until la nama orang yang sebelum aku disebut,aku macam 'Tolong lah sebut nama aku. Please la sebut. Kalau tak sebut,buat malu je wei',and guess what,pengacara majlis tu SEBUT nama aku. Mase tu,memang tak terkata,bersyukur sangat-sangat.

Since aku duk row belakang sekali,so agak jauh lah nak pegi ambik slip tuh,then bile naik tangga aku macam teragak-agak sikit nak angkat kain since kain aku agak meleret ke tanah n kalau aku angkat,dapat dosa free je kut orang lelaki tengok kan. So,aku angkat sikit,tapi rase macam terdedah sangat,aku pon lepaskan je la kain aku,masa tu dapat sampai atas stage,n yeah,AKU TERPIJAK KAIN,AKU TERPELE'OT SIKIT. MEMALUKAN! Harap-harap,takde orang perasan. Amin~

Sebelum ni,Yus da cakap,jangan bagitau sape-sape kalau da dapat result,so lepas dapat result memang aku tak bagitau sape-sape. Siap plan nak buat muka pilu lagi. HAHA! Mase tu,dia da duk dalam sekolah aku da,so dia call aku la,n said like that. Tapi dia tak masuk dewan,maybe crowded sangat kut,so dia tunggu luar. Bile da dapat result,dia masuk,dia tanya dapat berapa,aku tak jawab,aku tunjuk slip. HEHEH! Muka bangga gilerrr wei.

So,kire memang aku last in the family,tapi aku yang first dapat 8A sebab kakak n abang-abang aku dapat 7A je belaka. HAHAH! Aku siap suruh abah aku laminate lagi slip aku. WEEE~ Sapa tak banggakan tengok berderet A dari atas sampai bawah. Aku bangga giler. Tapi tak riak la. Aku sedar diri lagi. Aku masih bersyukur,mungkin ini rezeki aku. Alhamdulillah.

And owh yeah,to all my friends,cousins yang ambik PMR,tahniah atas keputusan PMR anda yang sangat cemerlang. Jangan la sedih kalau tak dapat 8A sebab perjuangan kite belum berakhir lagi n setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye. PEACE!

p/s : heeh,congratulations to dia yang dapat straight A's. *gedik still on. HAHAH*

No comments:

Post a Comment