Monday, August 13, 2012

Sikit-Sikit :(

Assalamualaikum semua & salam Ramadhan,

It's been a long time huh? Sorry la. Aku memang takde mood nak update blog sekarang. Rasa macam putus angin u know. PUTUS ANGIN? HAHAH!

Okay,cerita kita hari ni pasal tajuk kat atas tu haaaa.

Sikit-sikit.

Sikit-sikit apa?

Sebenarnya sekarang ni,aku berjaya jugak move on. Walaupon sikit. Aku dah tak fikir kan dia 24/7,masa aku sedikit sebanyak terisi dengan benda yang lagi berfaedah.

Kat sekolah,aku akan try avoid dia. Kalau dulu lalu kelas dia mesti aku curi-curi toleh. Sekarang tak dah,aku pandang depan je.

Tapi,aku sedih la jugak. Aku taknak perasaan aku terhadap dia berubah walaupon satu milimeter,sebab aku dah semai perasaan ni dekat 4 tahun. Siapa tak sayang kan?

Kalau aku harus menangis untuk dia agar perasaan ni kekal,aku akan menangis. Aku sanggup hati aku terluka asalkan perasaan itu masih wujud.

Namun,siapalah aku nak menentang takdir? Akan ada yang lebih baik selepas ini. Ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Aku pasrah. 

Friday, June 8, 2012

Sayang.

Assalamualaikum semua,

Kadang-kadang terasa nak delete blog ni. Sebab macam terlalu public sangat. Nak privatekan,sian pulak besties takleh baca.

Aku masuk upper form betul-betul kejutan budaya. Homework banyak,kena belajar betul-betul. Even masa masuk Form 1 dulu takde la se'stress' ini. Tambah-tambah sekarang,masalah semakin bertambah-tambah. Agak serabut.

Jadi keinginan nak delete blog semakin membuak. Tapi terasa sayang sebab semua benda pasal dia semuanya ada kat sini. Pasal keluarga,pasal kawan. SEMUA KAT SINI.

Aku pon bukan jenis ingat segala incident yang berlaku. Jadi kat sini je la tempat aku nak recall balik kenangan lalu. Nak sengih sorang-sorang. Nak menangis sorang-sorang. Semua kat sini. 

Tuesday, May 29, 2012

Masalah Dunia.

Assalamualaikum semua,

Sejak dari "PUTUS" dengan dia,aku tak update blog langsung kan? And kalau update blog pon post aku mesti pendek gile kan?

Aku bukan ape,this blog,about 70% of the contents sume nye berkisarkan dia.

I mean,you know,apa rasa kau baca balik semua post incident kau dengan orang yang kau anggap sangat special. Thinking that you both were meant to be together,feeling that he likes you too. Tapi bile tahu benda tu tak betul,aku macam patah semangat.

Kawan-kawan banyak beri semangat supaya aku dapat bangkit dari segala kemurungan yang melanda. Ye,hati ni tak kenal erti gembira setelah dapat tahu perkara tu.

Tapi sekarang,semangat aku dah pulih. And that's GREAT!

Dan sekarang ni,apa yang penting bagi aku ialah kawan-kawan aku. Tapi ade je yang macam tak appreciate friendship yang dah kitorang bina for 4 years ni. Takpe la,hak dia kan. Takleh cakap pape jugak.

Yang penting,aku gembira dengan yang lain.

p/s : Lu cakap tak serupa bikin BHAI! And that's not good for your health. HAHA!



Monday, May 28, 2012

Period Pain. :(

Assalamualaikum semua,

Chewahhhhh~ sejak bile pandai gune period pain ni? HAHA! Selama ni guna senggugut je,buang tebiat ke hape.

Ye-ye,aku buang tebiat sikit hari ni.

Balik kepada topik,taw tak senggugut ni SAKIT!

Sekian,terima kasih. :)

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Kini Tidak Lagi. :)

Assalamualaikum semua,

Tadi aku nampak dia cakap dengan H. Tapi, entah kenapa aku tak rasa sedih. In fact, aku statik dan terus tengok dia. Maybe aku da move on kut. Lagipon, H yang feeling lebih. Okay tipu, aku nampak dia yang feeling lebih. H langsung aku tak nampak. K byeeeee!

P/s : perlu ke hensem cenggitu sekali? Tak kan?

Plus, I am me again. After a month and a half. Syukur Alhamdulillah. :)

Sunday, May 6, 2012

Aku Terasa Kehilangan. . .

Assalamualaikum semua,

Sebulan lebih aku berada dalam kesedihan.

Sekarang juga masih dalam kesedihan.

Melepaskan dia pergi bukan satu pilihan buat ku.

Aku cuba menyibukkan diri dengan aktiviti di sekolah,dengan rakan-rakan baikku.

Tapi tetap,aku teringatkan dia.

Mulut dan hati ni masih tak berhenti menyebut nama dia.

Setiap kali keseorangan,aku pasti teringatkan dia.

Teringatkan kebodohan aku ni.

Pantang keseorangan juga,wajah dia yang berada di fikiran ini.

Apa istimewa sangat ke dia?

Sekarang aku sudah jarang bertemu dengan nya.

Tapi hari tu,kawan aku kata dia pandang ke arah ku saat kami selisih.

Aku? Menjaga ego dengan tidak memandangnya.

Cukup lah dulu dia pernah lihat aku menangis kerananya. 

Wednesday, April 18, 2012

Sampah

Assalamualaikum semua,

Aku rase agak kecewa sikit hari ni. Ntah la,this is not the best time of me. Aku cepat keluarkan air mata,sensitif and rasa sangat insecured lately.

Aku cepat kecik hati dan ...

Aku rasa tak dihargai.


Wednesday, March 28, 2012

Goodbye Y.O.U. :)

Assalamualaikum semua,

Buat kesekian kalinya aku update blog. HOHO! Memang lama gila tak update blog.

By the way,let me keep this straight. :) Korang baca je la ye,taknak baca,tekan butang X,tutup laptop dan sila tidur ye. HAHA!

Hey YOU!

I met you in 2009. I liked you for about 4 years now and still counting until today. :) Always said that I prepared to let you go. But never meant it because I liked you very much.

But today 28/3/12,I,Aida will stop liking you. Happy right? Okay it hurts. Letting you go is HURT! Because it hurts so much,I just won't stop crying today.

Never expect that I have to let you go from my heart. NEVER and I thought it would never happen. But I was wrong,I saw you today walking side to side with her. Talking like a sweet couple. I'm happy for that. Am I?

Letting you go was the hardest part of my life. I feel so lonely,but I have to move on. I know,you and her will be happy for the rest of your life. I hope you and her will last forever.

Lastly,GOODBYE my crush. Or ex-crush. Goodbye CMF. :)

Ni keputusan aku yang paling sukar. Aku harap aku dapat tempuhi hari-hari biasa dengan KUAT & TABAH. Orang boleh asal aku tak boleh? Kan? Okay la,that's all for now. BABAI!

Wednesday, March 7, 2012

Awak!

Assalamualaikum semua,




Nak taw tak tadi kan tak sia-sia aku pegi sekolah walaupon hati taknak pegi. *Ye-2 budak ni pegi sekolah sebab nak menggatal dengan budak kelas sebelah yang tak penah layan dia since tahun 2009 lagi. HAHAH!*

Okay tadi masa rehat aku pegi la teman Arisha n Nar pegi telefon mak diorang sebab nak inform balik pukul berapa. Then jalan punya jalan,sampai kat pagar kecik,aku berhenti sebab nampak rambut orang lelaki dengan the geng. Malas wa nak lalu kalau sesak dengan lelaki ni. Nanti kene sekat buat malu muka wa. "EH! Rambut lelaki tu kerinting macam rambut dia." Hati ku menjerit. "Harap-2 la bukan dia,PLEASE!" Jerit hati ku lagi. Okay Aida,nasib tidak menyebelahi anda. Muka dia jugak yang terpampang. :(

"But hey on the bright side,kau baru je lepas senyum kasi salam kat ustazah n dia pon tengah senyum masa dia pandang kau. Alah,sebab ape dia senyum,hal lain. Tapi yang penting korang berdua senyum at each other. :)"

Monday, March 5, 2012

Seiring & Sejalan. :)

Assalamualaikum semua,




WAAHHHHHH~ lama gila tak update. Sorry! Ade exam this week. HEHE! Eh-eh,semalam I jalan seiringan bersebelahan kut dengan dia. JELES? Sila-sila. Dua kali plak tu. COINCIDENTLY! Both. Well yang first tu dia yang lalu kelas aku,masa tu aku nak buang sampah. Da nampak pon dia sebenarnya,tapi dia tak nampak aku. Dia jalan keseorangan lagi. Aku plak teragak-agak nak jalan ke tak. Dalam hati "Ah! Lantak! Once in a lifetime chance je ni. Mana nak dapat lagi. Baik gune peluang ni sebaik mungkin". So aku jalan tepi dia,hehehe. Kebetulan dekat tong sampah tu ramai orang,aku berhenti,dia pon berhenti nak bercakap-cakap dengan kawan dia. Aku continue buang sampah,pegi kelas sebelah. Gossip mossip sikit. HAHA!

Then masa balik plak,masa tu lepas exam Bio,agak stress sebab susah. Cikgu Faizan suruh Arisha hantarkan kertas Bio ke bilik peperiksaan. Arisha ajak aku,masa nak keluar,terdapat like road block sikit. Susah nak keluar,Arisha da keluar lama,aku ni ke belakang sikit. Alih-alih time keluar,dia keluar kelas,AGAIN! SEIRING DAN SEJALAN OKAYH! Tapi this time dia perasan aku. Aku tak kalih sebab aku tahu tu dia eventhough tengok guna sisi mata je. Dia macam *OH MY!* lepas tu dia stop n ke belakang sikit. ALA,macam orang syok tengok perempuan ayu berjalan tepi dia. AHAH! :)


Sunday, February 12, 2012

Merentas Desa = Demam + Campak

Assalamualaikum semua,

Semalam 11/2/2012 merupakan sekolah ganti bagi sekolah aku. So,pengetua n cikgu-cikgu decide untuk buat LARIAN MAHER! Meaning,semalam just berlari,takde P&P. MASYUKKKKKK!

Tapi,happy,happy jugak. AKU DEMAM! Since Khamis lagi sebenarnye sebab petang tu ade simptom-simptom. Ingatkan demam biasa. RUPANYA! KENE CAMPAK mehhhhhh! Lagi MASYUKKKKK!

Cerita bermula,semalam masa dekat sekolah,masa tu baru nak aerobik sebelum larian,diorang ni tegur la tangan aku penuh sangat dengan gigitan LOVE BITE from nyamuk ni. Then diorang tanya KENAPA BANYAK SANGAT? Aku jawab la,nyamuk suka aku. Tapi bila check kat lengan,PENUH wei bintik-bintik merah. Diorang ingatkan denggi,tapi ANAK DOKTOR cakap maybe campak.

Dan semalam terjadilah episod di mana,nak berlari pon kureng. HAHAH! Sian ke Narissa,sepanjang perjalanan dia bercakap,aku just senyum. Bukan taknak cakap,tapi aku tengah kurang energy dah lah demam,breakfast pon tak,PANAS,n jauh lagi. Aku takut pengsan tengah jalan je,buat malu doe. HAHAH! So,baik lah aku diam n just senyum. Kadang-kadang je aku balas.

Sampai sekolah,terus cari air. Muka masam takyah cerita. Mood pon merundum. Penat tahap melampau. Perlukan masa untuk ceria. Mujur lah kawan-kawan aku ni jenis paham. HEEEEE~

Lepas back to normal,pegi dewan n sorak for all. Okay la. Rumah sukan I no 2. KENAPA? Sebab saya tukar rumah sukan. HAHAH! Tahun ni Jupiter sebab nak synchronize dengan my friend kan. Okay la tu no 2 daripada no 4 macam tahun-tahun sebelum. Mars masih lagi leading no 1. :)

Oh yeah,DEAR MAHIRAH,

Aku miss gile nak lari dengan kau. Dua tahun kita lari sama-sama. Rindu seyh,tak kira la bile lari tu yang semputnye selalu aku. HAHAH!

P/s : CHECK OUT THE PICS!
Note : I'm not crying okay. Masa tu matahari tepat-tepat kat mata. Nak try avoid sebenarnye. :(
Yang macam otromen tu,dia pengganti Mahirah. HAHAH.
Gambar candid yang sangat cantik! TAK PLAN LANGSUNG!
Masa balik. HAHAH!

Tunjuk no masing-masing
Owh-owh. Lepas pegi check ngan doktor,saya dapat MC hari ni dengan esok! MUEHEHEHEH! *ubat besa nak mampus. :( *

Saturday, February 4, 2012

No Eye-contact Please. :)

Assalamualaikum semua,

I normally don't do eye-contact while talking. Sebab ape? Ntah,da terbiasa kut bile bercakap mesti tengok depan,kiri,kanan,n maybe belakang. Sometimes je eye-contact,tu pon boleh jadi blush n awkward gile selepas tu,tak kire laki pompuan. HAHAH! Weird is it? Tapi itulah yang terjadi.

Aku takut ramai terasa sebab aku memang bercakap pandang ke lain. Biasanya kalau person yang cakap dengan aku duk depan aku,aku akan tengok kat belakang,as if aku tengah duk termenung. Sebenarnya,aku tengah menghayati cite dia. HAAAAAA~ Unless kalau bercakap dengan cikgu or parents,aku pandang la muka diorang. Tu pon muka! Bukan mata.

So,memang jadi habit dari dulu sampai sekarang. Taktaw kenapa. So,sesapa yang terasa tu SORRY sangat! I know nampak macam rude gile,tengah bercakap tapi aku pandang kat lain. HAHAHA! Tapi serious,tak bermaksud nak jadi rude pon. PEACE!

Friday, February 3, 2012

29/1/2012 : In Memories~

:)
Assalamualaikum semua!

Well,Ahad lepas,29 Januari,me n my geng buat farewell party kepada cik Mahirah binti Munif. Serta birhday party untuk dia since birthday dia 28 Januari.

"KENAPA FAREWELL PARTY?"
"Sebab makcik sorang ni dapat tawaran pegi SBP. Dia dapat kat Seri Puteri nuh. Well,peluang datang sekali dalam hidup kan,so dia ambil opportunity ni untuk pegi n belajar kat sana. Untuk masa depan kan."
Pada 28 Januari,kitorang sume plan taknak wish pon kat Mahirah. Esok tu,bila kat sekolah kitorang layan dia macam takde ape ape berlaku as if birthday dia bukan semalam pon. Even diorang ni sanggup tak online fb since tak sanggup nak menipu Mahirah.

Petang 29 Januari,pukul 4.30 lebih kurang,kitorang sediakan kek,hadiah untuk dia. Well,ikutkan hati nak SURPRISE BIRTHDAY PARTY,tapi tak menjadi sikit. HAHAH! Tapi okay la dari tak menjadi teruskan. Check out the pics!
Syara n Nadia
Sambil-sambil tunggu birthday girl masuk kelas

Form 4 is not a HONEYMOON YEAR. Memang betul pon.
My dear Shawanie
Yang tengah-tengah tu Faten. HEHE

Our Birthday girl,KAK MAH! 
Me with her. Muka tak tahan sebak dah. :( Anytime boleh menangis

KAN da cakap. Sangat sedih time nih. :'(

Okay,that's all pics yang aku boleh curi. HAHAH!

And lastly,to Mahirah,good luck! Aku tahu walau kat mana kau berada,kau boleh berjaya asalkan azam kau untuk berjaya tinggi. U can achieve glory and success in your life. I believe that. Terima kasih jadi kawan rapat aku for 3 years. Terima kasih sebab sudi mendengar luahan rasa aku. Mengumpat dengan aku. Sanggup beri tunjuk ajar kat aku. Sanggup mesej panjang-panjang dengan aku yang isinye full of mengarut-ness. HAHAH! Cheer me up when I am down. Terima kasih for all that. Walaupun hati ini berat untuk melepaskan kau pergi,but u deserve it and u make the right choice. I know. :) Plus,jangan sesekali lupakan kami di sini dan walau apa pon yang terjadi,we will always be by your side. 

P/s : Sorry for the late update. Patutnye hari Ahad tu lagi update,tapi sebab banyak homework n all,hari baru sempat. HURM~ Lastly,bak kata Faten. 
"Kehilangan seorang kawan seperti kehilangan seorang kekasih yang dicintai."

 


Thursday, January 26, 2012

Lama Tak Update.

Assalamualaikum semua,

Busy ke? AHAH! Busy la jugak. Ntah,ni la jadi nye.

Form 1 : galak gile blogging.
Form 2 : saya fedup la blogging ni.
Form 3 : blogging is MY WORLD again
Form 4 : I HAVE NO STORIES TO TELL!


PEACE! Semalam saya pegi date. Jangan jeles! :p

Sunday, January 15, 2012

Hai 4 Al-Biruni ;)

Assalamualaikum semua,

So,I got everything new in 2012. New class,new classmates,new teachers,new friends and also new BOYFRIEND! *erkkkkkk,part last tu buat-2 tak nampak. Tutup mata pon okay. HAHAH!*

Actually,kelas aku dulu nama 4 Al-Razi,tapi sebab ade pelajar-2 yang mampu tampung lebih dari 9 subjek dalam otak diorang,diorang mitak additional package iaitu PA + Bio,so disediakan la kelas yang special untuk diorang demi memuaskan hati diorang. *Saya tak mampu ambik 10,9 pon okay da. ERHEH!*

Tapi,itu lah,since kelas limit,so orang yang ambik PA + Bio ni ditempatkan di class first,iaitu 4 Ibn Sina. So,kire dia undur ke belakang lah,makes me jadi Birunians. Kelas Razi sekarang,eheh,dia yang duduk kelas tu.

Agak tak puas hati dengan penyusunan baru,tapi kite redha. Mujur ade Arisha n Shafiqal dalam class,also some of my other friends,kalau tak,mati keras wei dalam kelas sorang-2. HEEEE~ And kelas aku pon duk antara kelas Mahirah n Syara,Nadia,Alya,Narissa + Shawanie. So,okay la tu. Cume jauh sikit dari Teng.

Well,that's all from now. AHAKS~

Tuesday, January 3, 2012

2012 : Not A Honeymoon Year. :)

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi,hari first bersekolah for negeri Kelantan,Terengganu n Kedah. Negeri-negeri lain start esok. Hari ni takde lah special mane sebab minggu Orientasi kan. *This time,I orientasi dengan kawan-kawan. Not like masa Form 1 dulu,I keseorangan. HAHA*

Cume nak cakap jela,ramai cikgu tekankan yang Form 4 is not a honeymoon year. Berusahalah bersungguh-sungguh dari sekarang supaya dapat ganjaran yang memuaskan di masa hadapan kelak. HEEE~

And,aku pilih aliran Sains Tulen @ Pure Science. Hey,my dad wants one of his children be a doctor. So,why not aku tunaikan even if aku tak minat? Aku boleh je baja rasa minat tu dalam hati. KAN?

Words of the day :

Ironically,I don't want be a doctor,but I chose to learn in this field. :)