Thursday, February 10, 2011

Saya akan cuba sebaik mungkin. ;)


Bukan semua orang sukakan kita dan kita bukanlah insan yang sempurna untuk semua sukakan kita. Terselit juga beberapa orang yang bencikan kita...

Begitu juga dengan aku...

Aku tidak mengharapkan agar semua orang sukakan aku dan aku sememangnya bukanlah insan yang sempurna. Aku akan sentiasa membuat kesilapan. Aku tahu,di sana mungkin ramai yang membenci aku. Ya. Aku bukan jenis yang peramah dan ya juga,aku bukan orang yang bila dipandang manis rupanya.

Dia benci aku. Mungkin atas kesilapan yang lalu. Tidak mengapa kerana aku tidak menjangkakan dia suka akan aku. Dia fikir aku ini orang yang paling jahat. Tidak aku nafikan yang aku juga suka mengutuknya. Bukan kerana rupa,bukan kerana harta tapi kerana seseorang. Dia membuat aku sakit hati dan aku bukanlah orang yang tidak cepat melatah. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa dia menyukai orang yang aku juga suka. Jujur aku katakan,aku tidak pernah sukakannya sejak hari pertama kami berjumpa. Tapi,aku cuba untuk membuat yang terbaik. Aku cuba untuk tidak 'menjaga tepi kain dia' tetapi nampaknya dia tidak mempedulikan semua itu,yang dia pedulikan hanyalah mencari kesalahan aku dan membenci.

Aku juga cuba untuk tidak melatah kali ini. Ya,saya menerima semuanya dengan redha. Aku cuba untuk membuat yang terbaik. Tahun ini,aku berazam aku akan berusaha untuk berbaik dengan semua orang walaupun dengan orang yang bencikan aku. Jadi,kawan-kawan sekalian, silalah sokong niat aku ini. Tegurlah aku jika aku ada buat kesalahan. Berada di samping aku ketika aku dilanda kesusahan. :)

No comments:

Post a Comment